http://adamzani.blogspot.com/

September 13th, 2008 by mada113

For those who wanna know my views,my updates and more.. just visit this blog.

I won’t be that active in friendster blog.

have a nice day. =)

adebe

May 11th, 2008 by mada113

alhamdulillah.. lame gile aku xbukak fs aku, apetah lg ngedit blog aku neh..
so lately blogging neh udah menjadi medium yg efektif dalam menyebarkan pandangan, sesuai dengan erti kata demokrasi yg sebenarnye.. jadi aku pon dengan berbesar jantung dan hati ingin memulakan kerjayaku sebagai blogger. actually aku xtahu menahu sgt selok belok blogging neh. jd kalo ade pape yg korang tau leh la share dengan aku. aku just tahu blogger neh wadah untuk meluahkan pendapat, berkongsi pengalaman dan lain2 SECARA BERETIKA dan MEMENUHI TATASUSILA…

jd, mulai skarang.. aku akan stat balik blog aku neh.. sdikit sbanyak aku berharap skil blogging aku improve dari smase ke smase berdasarkan pengalaman aku, blog aku juga secare overall nyer bilingual,iaitu bm n bi. aku akan guna kedua2 bahasa neh..

boarder

April 3rd, 2007 by mada113

huhu this is my 1st post since 2005!
yeah it’s been nearly 2 years that i didn’t post anything.

well what took me so long to blogging actively?
well for the past two years my computing life was so bad.. damn.. it was all bcoz of the prison! huhu my luvly hostel only gave me the chance to online once a week which is not enough for me. well i’m addicted to the internet…

Not only dat laa i oso need to concerntrate on my spm (concerntrate?? i guess
not…).  for one year my online life suffers alot! huhu..

so now i think i got the time n the ideas.. well what has driven me into blogging is the issue of bloggers in malaysia. i wanna support rocky (www.rockybru.blogspot.com). he’s innocent but then besing accused for spreading lies.. where’s our freedom? shit..       

mOLe pEoPLe

June 1st, 2005 by mada113

Yakjuj & Makjuj?

WASHINGTON-Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kajipurba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)",kata sumber itu. "Dengan demikian, Presiden Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi". Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki,tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik(webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole. Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas."Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau". Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. "Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber. "Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia". "Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole."Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang serius, termasuk: Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama?Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di muka Bumi? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".  Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky an juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

<mAdA113>

JOKES: cikgu

June 1st, 2005 by mada113

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini  adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.  Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak  tahu  ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa  dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawad dengan sepat, lawan bagi  perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana  guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu  tadi,  tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

JOKES : exam kaki serangga

June 1st, 2005 by mada113

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..
sedang berlangsung ujian berkaitan serangga..

Ujian kali ini susah susah… Mahasiswa mesti mampu menentukan
jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh
Pensyarah…

Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab
soalan ujian.

Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar
dewan Ujian… dia menghempas daun pintu dengan kuat… "Dummmm!!!!"

Melihat keadaan itu… pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..

"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau???!!!"

Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya
ke pintu sambil berkata…

"Nie kaki saya… encik… Cuba encik teka.. siapa nama saya?"

do send me ur pics

May 31st, 2005 by mada113

ellowz ma fren out der.. welcome to this blog..
in order to enhance my blog, kindly send me ur pics..
k,adios..